Glam Camp Family JRM

Selangor, 20 Disember 2020 - Pada 19 sehingga 20 Disember 2020, JRM telah mengadakan satu aktiviti yang menarik untuk stokis-stokis dan pengedar-pengedar yang telah diadakan di Batang Kali, Selangor. Aktiviti ini telah diadakan bagi mencapai satu maklamat yang ingin mereka kecapi iaitu untuk menwujudkan team building sesama stokis di seluruh Malaysia serta pengedar JRM.

Aktiviti ini turut dihadiri oleh Bonda Rozita Ibrahim untuk melakukan aktiviti bersama-sama. Pelbagai aktiviti yang menarik dan seronok telah dijalankan sepanjang keberadaan mereka di sana. Selain melakukan aktiviti, mereka juga berkesempatan untuk menerokai keindahan Rumah Sungai bonda.

Untuk pengetahuan semua, Stokis Negeri Sembilan iaitu Puan Nazatul Azlin juga turut menghadiri Camp tersebut bersama-sama stokis dari negeri lain dan beliau menyatakan bahawa banyak benda dan informasi yang telah dipelajari olehnya sepanjang keberadaannya di camp tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa setiap aktiviti yang telah dilakukan olehnya di sana sangat menyeronokkan.