
Mesyuarat Agent 0.1 "Ke Arah Menuju Usahawan JRMNS Berjaya"
20 Januari 2019 - Mesyuarat bersama pengedar yang pertama pada tahun 2019 telah dihadiri oleh Puan Olin (Nazatul Azlin) selaku Stokis Negeri Sembilan serta pengedar JRM TeamNogoriOhsem. Mesyuarat tleah diadakan di The Urban Affair, Seremban pada 20 Januari 2019. Majlis dimulakan dengan ketibaan pengedar, dan kata-kata aluan daripada Puan Olin dan pengesahan mint mesyuarat yang lepas.
Pada awal permulaan mesyuarat membincangkan berkenaan web yang akan diajari melalui SOP dan tutorial. Seterusnya berkenaan history report sale agent 2017-2018, strategi marketing 2019, memfokuskan usahawan berkenaan current account SSM dan berkaitan, daftar keahlian terkini, berkenaan MOQ per order Gold RM300 don Silver RM100, pastikan rekod transaksi belian dan jualan setiap agent dan anak-anak permasalahan yang dihadapi pengedar dan anak-anak serta forecast team seperti agenda team dan jadual meeting sesama pengedar.
Di samping itu dalam salingan mesyuarat, mereka menyambut harijadi pengedar sah yang menyambut harjadi pada Januari dan Februari. Mesyuarat diakhiri dengan makan dan minum dan sesi sedikit perbincangan tentang Anugerah JRM 2019.