Latest posts

CAR BOOT SALES OLEH PENGEDAR JRMNS, PUAN NOOR SYAFIQAH DI X PARK SENDAYAN PADA 16 OGOS 2025

 

X Park Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan | Sabtu 16 Ogos 2025 

Pada hari Sabtu, 16 Ogos 2025, Puan Noor Syafiqah, selaku Pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan, telah membuat pembukaan Car Boot Sales JRM bertempat di XPark Sendayan, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dengan lebih dekat produk-produk JRM yang berasaskan herba tradisional dan berkualiti tinggi.

Sepanjang program berlangsung, suasana di XPark Sendayan dipenuhi dengan semangat kekeluargaan dan komuniti. Booth JRM yang dibuka melalui konsep Car Boot Sales ini menerima sambutan positif daripada para pengunjung yang hadir. Ramai yang bukan sahaja singgah untuk mendapatkan maklumat tentang produk, malah terus membuat pembelian di lokasi tersebut.

Alhamdulillah, kejayaan penganjuran Car Boot Sales ini membuktikan bahawa produk JRM semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Usaha yang dijalankan oleh Puan Noor Syafiqah adalah bukti komitmen untuk menyebarkan manfaat produk JRM kepada lebih ramai pengguna.

Semoga setiap pembelian produk JRM menjadi asbab kepada kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan, dan keberkatan dalam kehidupan seharian.

"Di bawah langit terbuka XPark Sendayan, Car Boot Sales JRM menjadi saksi bahawa usaha yang ikhlas mampu menyuburkan keyakinan dan menghadirkan manfaat buat semua." 

Leave a comment