Seminar Training Customer Service HERO "Pengedar Zone 1"

Selangor, 6 April 2019 - Seminar Training Customer Service HERO "Pengedar Zone 1" telah diadakan di Glenmarie Ballroom, Shah Alam.

 

Seminar dihadiri oleh Stokis dan pengedar di seluruh Malaysia dan Singapura. Turut dihadiri bersama, Bonda Rozita Ibrahim sebagai guru seminar tersebut. Puan Nazatul Azlin (Olin) juga menghadiri seminar tersebut bersama pengedar TeamNogoriOhsem. 

 

Anta intipati seminar tersebut ialah "Pelanggan membeli kerana emosi, Pelanggan membeli kerana nilai", iaitu manusia akan lebih tertarik sekiranya kita menggunakan emosi untuk menjual serta manusia akan tertarik sekiranya benda itu bernilai dan berharga.

 

Cara mengenal pasti jenis pelanggan, jenis menjual menggunakan emosi serta pembangunan pengedar diajar sepanjang seminar berlangsung.

 

Di akhir seminar, sesi makan dan bergambar diadakan. Akhir kata, harapan bonda agar seminar ini dapat memberi manfaat kepada semua yang hadir untuk diaplikasi pada masa akan datang.