PRIVACY POLICY
PENGENALAN
JRMBISOBONAR menghormati privasi pelanggan-pelanggan dan rakan-rakan kongsi perniagaanya, dan menganggap data peribadi yang diperuntukkan oleh anda sebagai maklumat yang sulit. Kami berikrar untuk mematuhi sepenuh syarat-syarat Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia dan akan mematuhi taraf perlindungan data peribadi yang telah diiktirafkan di tahap antarabangsa. Kami menggunakan data peribadi anda bagi tujuan menunaikan komitment kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada anda.
APLIKASI POLISI PRIVASI INI
Polisi Privasi ini adalah diaplikasikan pada data peribadi dan maklumat yang berkenaan dengan pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan kami dan bagi tujuan pengurusan data dan maklumat yang berkenaan itu dalam sebarang bentuk dan media, sama ada elektronik atau secara bertulis.
Polisi ini memberi kesan kepada komitmen kami untuk melindungi data peribadi anda yang dikendalikan atau diuruskan oleh JRMBISOBONAR. Rujukan kepada JRMBISOBONAR akan memelihara setiap maklumat anda dengan terapi.
DATA PERIBADI YANG DIKUMPULKAN OLEH KAMI
Isitilah "data peribadi" di dalam Polisi ini merujuk kepada data peribadi yang boleh mengenalpastikan identiti anda sebagai seorang individu. Anda boleh mengunjungi laman web kami tanpa memberikan sebarang data peribadi atau maklumat anda kepada kami. Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda mungkin wajib bagi tujuan-tujuan untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan kami. Data peribadi yang dikumpulkan mungkin digunakan bagi tujuan: (i) menyempurnakan pendaftaran sebagai pengguna atau ahli baharu, (ii) menyesuaikan atau memenuhi kehendak peribadi anda, (iii) membeli produk-produk kami, (iv) pendaftaran untuk program keahlian kami, dan (v) untuk memudahkan komunikasi. Kami mungkin juga akan meminta data peribadi anda untuk mengesahkan identiti anda, untuk melindungi kepentingan anda dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan untuk mematuhi undang-undang.
JENIS DATA YANG DIKUMPULKAN OLEH KAMI
Data peribadi yang dikumpulkan oleh kami termasuk:
1. Data peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, jantina, umur, kewarganegaraan, pekerjaan, dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan
2. Butir-butir kad kredit anda, maklumat akaun bank, perincian-perincian akaun, butiran profil atau sebagainya sekiranya terdapat permasalahan semasa pembelian
3. Ulasan atau pendapat anda tentang perkhidmatan kami
BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN DATA PERIBADI ANDA
Kami menggunakan data peribadi anda bagi tujuan:
1. Memproses dan / atau mengesahkan pembelian atau penempahan anda.
2. Penyediaan dan caj bayaran barangan yang dibeli.
3. Memproses permohonan dan bagi tujuan pentadbiran program-program.
4. Mengendalikan atau menjalankan analisis pasaran, penyelidikan pasaran, kajian kepuasan pelanggan dan jaminan kualiti.
5. Respon terhadap permintaan untuk maklumat dan perkhidmatan.
6. Pentadbiran rekod simpanan am.
7. Mempermudahkan pemasaran langsung, promosi dan tujuan-tujuan pengurusan pelanggan, termasuk penghantaran maklumat dan komunikasi-komunikasi promosi atau tawaran istimewa sekiranya anda telah bersetuju untuk menerima maklumat atau komunikasi-komunikasi tersebut.
PEMASARAN LANGSUNG
Kami berhasrat menggunakan data peribadi anda (termasuk nama anda,alamat, nombor telefon, e-mel dan butir-butir hubungan lain) bagi tujuan menghantar komunikasi dan maklumat pemasaran kepada anda melalui mel terus, e-mel, panggilan telefon dan SMS yang mengandungi berita, tawaran, promosi, acara yang akan ditawarkan oleh kami.
KOMITMEN TERHADAP KESELAMATAN DATA PERIBADI
Untuk mengekalkan ketepatan data peribadi anda, serta mencegah akses tanpa kebenaran dan memastikan penggunaan yang betul akan data peribadi anda, kami telah menjalankan langkah-langkah fizikal yang sesuai, langkah-langkah elektronik dan pengurusan bagi menjamin keselamatan data peribadi yang dikumpulkan oleh kami. Langkah-langkah keselamatan ini tertakluk kepada semakan semula serta pengawasan yang berterusan. Walaupun kami berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk melindungi data peribadi anda, tiada mana-mana langkah-langkah keselamatan yang boleh menjamin bahawa data peribadi dan maklumat anda tidak akan tertakluk kepada gangguan, penyalahgunaan atau penggodaman dan kami tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian, penyalahgunaan atau perubahan atas data peribadi anda yang disebabkan oleh kejadian seperti itu.
PINDAAN ATAS POLISI INI
Kami berhak membuat sebarang pindaan ke atas Polisi ini dari masa ke semasa. Sebarang pindaan terhadap Polisi ini akan dimuat naikan di laman web kami bagi tujuan memaklumkan dan memberitahu anda cara kami mengumpul dan menggunakan data peribadi anda. Versi kemas kini Polisi kami akan termasuk dengan tarikh perubahan yang akhir terhadap Polisi ini supaya anda mengetahui tarikh akhir pindaan yang dibuat terhadap Polisi ini. Sebarang pindaan yang dilakukan terhadap Polisi ini akan berkuatkuasa apabila Polisi ini dimuat naikan di atas laman web kami. Penggunaan laman web berikutan pindaan yang dibuat akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap Polisi yang telah dipinda.
LAIN-LAIN
Polisi ini tertakluk kepada dan ditafsirkan menurut dan selaras dengan undang-undang negara Malaysia. Polisi ini ditulis dalam Bahasa Melayu dan boleh diterjemahkan ke bahasa-bahasa yang lain.