Anugerah JRM (Oscar JRM)
Selangor, 7 Mac 2020 - Majlis Anugerah JRM telah diadakan bagi menyampaikan Anugerah penghargaan kepada semua stokis dan pengedar yang berjaya mencapai target jualan tahun 2019 bertempatkan di Bangi Avenue Convention (BACC), Bangi, Selangor.
Majlis yang bertemakan Oscar JRM 2019 ini diadakan oleh pihak HQ JRM iaitu Bonda Rozita Ibrahim.
Majlis dihadiri oleh semua Stokis dan Pengedar di seluruh Malaysia. Stokis Negeri Sembilan, Puan Nazatul Azlin serta seramai 13 orang gold dan 8 orang silver daripada pengedar Team NogoriOhsem telah hadir bagi memeriahkan majlis serta menerima anugerah.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan dimulakan dengan doa serta sesi ucapan daripada Bonda Rozita Ibrahim. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Duta Mega Ratu, Jihan Musa dan diikuti dengan Persembahan daripada Dato Hattan serta Persembahan daripada Stokis-stokis JRM..
Antara kategori yang berjaya stokis dan pengedar TeamNagoriOhsem berjaya merangkul:
1. Team Terbaik 2019 (Stokis JRM Negeri Sembilan)
2. Top Gold Award 2019 (Puan Aidil Lily, Puan Azlina, Puan Siti Rohaiza)
3. Top Silver Award 2019 (Puan Mas Ayu)
Tahniah kepada para pemenang dan diharapkan tidak pernah putus asa dalam menharungi cabaran dalam perniagaan.