Bonda Fiesta Vaganza

Selangor, 14 September 2019 - Bonda Fiesta Vaganza diadakan oleh pihak Bonda Rozita Ibrahim sebagai tuan rumah majlis. Pelbagai aktiviti dan acara menarik yang diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

 

Stokis JRM Negeri Sembilan dan TeamNogoriOhsem juga berkesempatan untuk mengikuti majlis tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah "Meet and Greet serta talk dengan Bonda Rozita". Persembahan khas daripada Hael Husaini, Pameran dan jualan daripada JRM dan Rumah Hutan.

 

Di kesempatan majlis, sempat juga kami menyinggah di Rumah Sungai Bonda, sangat tenang dan indah. Semoga akan datang, ada lagi majlis dan aktiviti yang akan diadakan di kawasan Rumah Hutan dan Sungai Bonda Rozita Ibrahim.