KELAS DAN MEETING BERSAMA PENGEDAR JRMNS YANG DIANJURKAN OLEH OBSB 22 JUN 2025

 

     

 

 

 

The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2 | Ahad, 22 Jun 2025 

Pada 22 Jun 2025 yang lalu, pihak OBSB telah menganjurkan sebuah sesi pertemuan rasmi dan sesi ilmu bersama para pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan bertempat di The Urban Affairs, Seremban 2.

Staf OBSB telah bertolak dari outlet JRM seawal jam 8.00 pagi bagi membuat persiapan awal di lokasi. Manakala para pengedar mula hadir sekitar jam 8.30 pagi untuk pendaftaran dan mengambil tempat masing-masing.

Sesi dimulakan sekitar jam 9.30 pagi dengan pembentangan pertama oleh Cik Syazwani, wakil OBSB, yang mengendalikan Kelas ChatGPT. Dalam sesi ini, para pengedar diperkenalkan dengan penggunaan teknologi ChatGPT dalam membantu tugasan harian dan pemasaran perniagaan.

Seterusnya, kelas diteruskan bersama Cik Nadia yang membimbing para peserta tentang penggunaan dan prosedur sistem MyTax LHDN, bagi memudahkan urusan cukai dan pelaporan kewangan secara sistematik dan efisien.

Kemuncak program diteruskan dengan sesi dialog terbuka bersama CEO OBSB, Puan Hajah Nazatul Azlin. Dalam sesi ini, pelbagai isu semasa serta cabaran yang dihadapi oleh para pengedar telah dibincangkan secara terbuka dan penuh empati, disusuli dengan pencarian solusi yang membina secara kolektif.

Selesai sesi perbincangan, semua peserta dijemput untuk menikmati hidangan tengah hari yang disediakan. Program diteruskan dengan sesi bergambar kenangan dan diakhiri dengan salam perpisahan penuh keakraban sekitar jam 2.00 petang.

"Satu pertemuan yang bukan sekadar mengisi ilmu, tetapi menyulam kefahaman, mempererat silaturrahim dan menyalakan kembali semangat perjuangan dalam dunia holistik."