
KELAS DAN MEETING BERSAMA COACH MAXX PADA 15 FEBUARI 2025
The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2 | Sabtu, 15 Februari 2025
Pada Sabtu, 15 Februari 2025, pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan meeting dan kelas pemasaran digital bersama Coach Maxx, bertempat di The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2. Program ini bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir sekitar 2.00 petang, dihadiri oleh pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan serta staf OBSB.
Tiga topik utama dibincangkan dalam sesi kali ini:
1. Whitelist – Kaedah memastikan iklan berbayar di media sosial berjalan lancar, diluluskan tanpa sekatan, dan tepat mengenai sasaran audiens.
2. SEO (Search Engine Optimization) – Strategi penulisan dan pengoptimuman kandungan untuk meningkatkan kedudukan di enjin carian seperti Google, bagi memaksimumkan pendedahan produk.
3. Editing – Teknik penyuntingan foto dan video untuk menghasilkan bahan promosi yang berkualiti tinggi, berdaya tarikan, dan profesional.
Selain perkongsian ilmu daripada Coach Maxx, sesi editing turut dikendalikan oleh Cik Muhammad Iman dari OBSB yang memberi tunjuk ajar secara praktikal. Para peserta juga menikmati sesi soal jawab untuk memperkukuh kefahaman mereka terhadap teknik pemasaran digital terkini.
Kali ini, pihak OBSB menyediakan hidangan bertemakan ‘Western’ yang istimewa, lengkap dengan pencuci mulut (dessert). Hidangan ini bukan sahaja menyempurnakan selera, malah mencipta suasana santai namun penuh bersemangat sepanjang sesi.
Program ini menegaskan komitmen OBSB dalam melengkapkan para pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan dengan ilmu pemasaran digital yang relevan agar terus berdaya saing.
“Ilmu yang dihadam dengan penuh rasa syukur adalah santapan minda. Seperti hidangan yang enak, ilmu juga memberi tenaga untuk terus melangkah ke puncak kejayaan.”