ROMBONGAN JRMBISOBBONAR KE RUMAH HUTAN TERAPI ALAM UNTUK PROGRAM SEJUTA RAHMAT

 

 

Rumah Hutan Terapi Alam | Sabtu 25 Ogos 2024  

Pada Ahad, 25 Ogos 2024, seramai 132 orang peserta dari Negeri Sembilan telah menyertai Program Sejuta Rahmat yang diadakan di Rumah Hutan Terapi Alam (RHTA) milik Bonda Rozita Ibrahim. Rombongan ini diketuai oleh Khairunnisa Aina Binti Anuar selaku Ketua Rombongan, bersama beberapa orang staf pengiring.

Para peserta berkumpul di Forest Height seawal jam 5.00 pagi sebelum bertolak dengan 3 buah bas pada jam 6.00 pagi menuju ke Batang Kali, Selangor. Sepanjang perjalanan selama 2 jam, suasana penuh keterujaan dapat dirasai, terutamanya dengan pakaian sedondon yang melambangkan semangat kebersamaan.

Setibanya di lokasi, kesemua peserta didaftarkan oleh kakitangan OBSB sebelum mengambil tempat di kawasan yang telah disediakan. Ada yang memilih untuk membeli produk di Outlet JRM Holistik Rumah Hutan Terapi Alam, ada yang menikmati juadah di kafe, dan ada juga yang menikmati makanan yang telah disediakan khas untuk para peserta.

Program ini berlangsung sehingga jam 1.00 tengah hari dengan penuh aktiviti bermanfaat. Sebelum pulang, hampir semua peserta tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai produk di outlet JRM sebagai tanda kenangan. Suasana gembira jelas terpancar di wajah mereka, dengan senyuman yang terukir sepanjang perjalanan pulang sambil berkongsi cerita dan pengalaman indah di Rumah Hutan.

“Setiap orang layak untuk merasa bahagia, setiap insan juga berhak untuk bergembira dengan cara masing-masing. Kebersamaan yang dicipta pada hari ini adalah memori berharga yang akan terus hidup dalam hati semua peserta.”