MEETING BERSAMA UNITA (NSWO)
Negeri Sembilan, 13 Oktober 2023 - Puan Olin dan staff OBSB telah menghadiri bersama UNITA (NSWO) di Dewan NSWO, Negeri Sembilan. Seperti biasa, perjumpaan ini untuk menyampaikan agenda JRM Biso Bonar kepada pihak mereka. Agenda tersebut merangkumi perkara-perkara penting berkaitan dengan pembangunan komuniti setempat dan program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kehidupan penduduk setempat. Puan Olin bersama staff OBSB telah memberikan penjelasan yang komprehensif mengenai rancangan yang telah disediakan serta mendengar pandangan dan cadangan dari pihak UNITA (NSWO). Suasana mesra dan kerjasama yang terjalin semasa perjumpaan itu memberikan harapan bahawa kerjasama di antara kedua belah pihak akan terus berkembang untuk kebaikan bersama.
Antara objektifnya adalah :
- Menyampaikan agenda berkenaan JRM Biso Bonar
- Mewujudkan hubungan kerjasama dalam jangka masa panjang