KUNJUNG HORMAT YBHG. DATIN SURIANI BINTI YAHYA (PENGERUSI PUSPANITA)

Negeri Sembilan, 11 Oktober 2023 - YBHG. Datin Suriani Binti Yahya telah dikunjungi oleh Puan Olin dan staff OBSB bagi menyampaikan agenda berkenaan JRM Biso Bonar. Semasa pertemuan tersebut, YBHG. Datin Suriani Binti Yahya diberikan paparan terperinci mengenai pelaksanaan JRM Biso Bonar. Puan Olin dan pasukan OBSB menjelaskan dengan jelas mengenai tujuan dan faedah program tersebut serta bagaimana ianya boleh memberi impak positif kepada komuniti setempat. YBHG. Datin Suriani Binti Yahya turut memberikan pandangan serta cadangan untuk memastikan kejayaan program tersebut dan turut berterima kasih kepada Puan Olin dan pasukan OBSB atas usaha yang telah dilakukan. Mereka berbincang secara teliti untuk memastikan semua persediaan dilakukan dengan sempurna bagi menjayakan JRM Biso Bonar demi kebaikan bersama.

Antara objektifnya adalah :

- Menyampaikan agenda berkenaan JRM Biso Bonar

- Mewujudkan hubungan kerjasama dalam jangka masa panjang