MEETING BERSAMA TEAM MOMENT LEARNING
Ampangan, 10 Oktober 2023 - Pada hari berkenaan, meeting bersama Team Moment Learning dengan Puan Olin, Staff OBSB dan seorang Pengedar Team Nogori Ohsem untuk membincangkan program JRM BISO BONAR yang akan mendatang. Ini bertujuan bagi melancarkan program tersebut. Semasa perbincangan, dicadangkan untuk mengadakan sesi latihan bersama bagi memastikan semua pihak memahami dengan jelas objektif serta garis panduan program tersebut. Puan Olin turut mengesyorkan untuk melibatkan lebih ramai peserta dalam aktiviti luar di kawasan Casa Lagenda bagi memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama di antara ahli pasukan. Selain itu, Staff OBSB turut mencadangkan untuk menyediakan modul latihan tambahan bagi memperbaiki kemahiran ahli pasukan dalam aspek komunikasi dan kepimpinan. Diharap dengan usaha bersama ini, program JRM BISO BONAR akan berjalan lancar dan membuahkan hasil yang positif bagi semua pihak yang terlibat.
Antara objektifnya adalah:
- Menyampaikan agenda berkenaan JRM Biso Bonar
- Mesyuarat bersama Floor Manager