KUNJUNG HORMAT YA BHG. DATIN SERI HAJJAH WAN HASNI BINTI WAN YAHYA
Seremban, 10 Oktober 2023 - Kunjungan ke Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan untuk berjumpa Hormat YA Bhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Binti Wan Yahya bagi menyampaikan agenda JRM Biso Bonar dan menjemput Yang Berhormat sebagai tetamu khas pada program tersebut nanti. Adalah menjadi satu kehormatan bagi kami kerana telah dijemput ke Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan bagi bertemu dengan Hormat YA Bhg. Datin Seri Hajjah Wan Hasni Binti Wan Yahya. Kami sangat berbesar hati dapat menyampaikan agenda JRM Biso Bonar kepada Yang Berhormat dan berharap agar beliau akan menyertai kami sebagai tetamu khas pada program tersebut nanti. Semoga kerjasama yang baik dapat terjalin untuk kebaikan bersama. Terima kasih atas layanan hormat yang diberikan.
Antara objektifnya adalah:
- Menyampaikan agenda JRM Biso Bonar
- Mewujudkan hubungan kerjasama dalam jangka masa panjang