
PROGRAM SEJUTA RAHMAT DI RUMAH HUTAN TERAPI ALAM
Rumah Hutan Terapi Alam | Khamis, 31 Oktober 2024
Pada Khamis, 31 Oktober 2024, berlangsungnya Program Sejuta Rahmat di Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, dengan penyertaan rombongan seramai 132 orang dari Negeri Sembilan. Rombongan ini diketuai oleh Khairunnisa Aina Binti Anuar, bersama dua orang staf penyelaras, Nur Faziha Binti Abu Hasim dan Nur Amirah Binti Shaari, yang bertanggungjawab memastikan perjalanan dan penyertaan peserta berjalan lancar.
Para peserta telah berkumpul seawal 5.00 pagi di Masjid Al-Fateh, Forest Heights, sebelum rombongan bergerak tepat pada 6.00 pagi menuju Rumah Hutan Terapi Alam. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam ini diwarnai dengan semangat dan keterujaan peserta untuk bersama-sama menyertai program berimpak besar ini.
Para peserta telah berkumpul seawal 5.00 pagi di Masjid Al-Fateh, Forest Heights, sebelum rombongan bergerak tepat pada 6.00 pagi menuju Rumah Hutan Terapi Alam. Perjalanan yang mengambil masa hampir dua jam ini diwarnai dengan semangat dan keterujaan peserta untuk bersama-sama menyertai program berimpak besar ini.
Setibanya di lokasi, staf OBSB menguruskan proses pendaftaran semua peserta dengan teratur. Setelah selesai pendaftaran, peserta mengambil tempat masing-masing untuk mengikuti acara utama Program Sejuta Rahmat. Suasana tenang dan penuh kekeluargaan jelas terasa, seiring dengan misi program ini untuk menyemai kesedaran kesihatan, rohani, dan gaya hidup seimbang berasaskan herba.
Selesai program sekitar jam 1.00 petang, para peserta dijamu dengan hidangan makan tengah hari di Kafe Rumah Hutan Terapi Alam, yang menyediakan menu khas buat tetamu rombongan. Tidak ketinggalan, ramai peserta mengambil peluang untuk membeli-belah di Outlet JRM Holistik, membawa pulang pelbagai produk kesihatan dan kecantikan keluaran JRM yang terkenal dengan kualiti dan keberkesanannya.
Detik paling istimewa buat semua peserta adalah peluang bertemu secara langsung dengan Pengasas JRM Holistik dan Rumah Hutan Terapi Alam, Bonda Rozita Ibrahim. Kehadiran beliau dengan senyuman yang mesra dan kata-kata motivasi memberi inspirasi yang mendalam kepada semua yang hadir.
Rombongan pulang ke Negeri Sembilan dengan wajah penuh kepuasan, membawa kenangan indah sepanjang program, selain pengalaman berharga yang dikongsi bersama.
“Dalam sejuk subuh kita berhimpun, dalam teduh alam kita belajar; setiap insan layak bahagia, setiap jiwa berhak bergembira dengan cara tersendiri. Di Rumah Hutan, rahmat itu kita rasa bersama.”