
PEMBUKAAN CAR BOOTH SALES OLEH OBSB DI AMPANGAN SEREMBAN 25 JULAI 2025
Tapak Pasar Malam Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan | Jumaat, 25 Julai 2025
Pada hari Jumaat, 25 Julai 2025, pihak OBSB telah menjalankan satu aktiviti promosi lapangan iaitu Car Booth Sales yang bertempat di tapak pasar malam Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.
Program ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif pemasaran langsung kepada komuniti setempat bagi memperkenalkan dan memasarkan produk-produk keluaran JRM Holistik secara lebih dekat dan mesra pelanggan.
Pasukan pelaksana terdiri daripada staf OBSB iaitu:
- Puan Faziha
- Cik Syazwani
- Cik Muhammad Iman
Mereka telah bertolak dari Outlet JRM Negeri Sembilan sekitar jam 3.00 petang, dan tiba di lokasi sekitar 3.30 petang. Setibanya di tapak car booth, mereka segera menyusun produk-produk JRM di bonet kenderaan, serta memasang banting rasmi JRM Holistik sebagai penanda visual booth.
Sepanjang program, staf OBSB turut mengambil inisiatif untuk:
- Merakam video konten pemasaran
- Menjalankan siaran langsung (LIVE) di media sosial rasmi: @jrmns.stokis
Program ini berlangsung sehingga jam 6.30 petang, dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Ramai pengunjung pasar malam yang singgah untuk mendapatkan maklumat dan membeli produk-produk JRM yang ditawarkan.
Aktiviti ini bukan sahaja menjadi platform jualan, malah juga ruang interaksi bersama masyarakat tempatan, dalam usaha memperkukuh jenama JRM Holistik di Negeri Sembilan.
Tepat jam 6.30 petang, setelah selesai kemas, staf OBSB bersiap sedia untuk kembali ke outlet dan menyelesaikan dokumentasi serta laporan pasca program.
"Di bawah langit senja yang meriah, deretan gerai dan wajah ceria menyapa, dari bonet kereta yang sederhana, terbit niat dan semangat luar biasa untuk mendekatkan kebaikan, satu produk, satu senyuman."