Latest posts

BOOTH PENGEDAR JRMNS, PUAN AZLIN MUSA SEMPENA MERDEKA FIESTA AEON MALL NILAI

 

Aeon Mall Nilai, Negeri Sembilan | 26 Ogos 2025 - 31 Ogos 2025 ( Selasa - Khamis ) 

Bersempena dengan Merdeka Fiesta AEON Mall Nilai, Pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan, Puan Azlin Musa telah membuka booth rasmi JRM pada 26 Ogos hingga 31 Ogos 2025 (Selasa hingga Ahad). Booth yang beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam ini menerima kunjungan ramai pengunjung yang hadir bagi memeriahkan program sempena bulan kemerdekaan.

Antara tarikan utama booth ini adalah peluang mencuba sendiri tester produk JRM, di samping penerangan produk secara terus daripada Puan Azlin Musa mengenai manfaat setiap produk yang dipamerkan.

Lebih istimewa, booth ini mengetengahkan jualan minuman asas JRM iaitu:

☕ Kopi Ratu

☕ Kopi Romagella

☕ Kopi D’Marco

☕ Charmello

Tujuan jualan minuman ini adalah untuk memberi peluang kepada pengunjung yang belum pernah mencuba agar dapat merasai sendiri kesedapan dan kelazatan minuman JRM, sambil menikmati khasiat kesihatannya.

Alhamdulillah, booth ini bukan sahaja mendapat sambutan hangat daripada pengunjung AEON Mall Nilai, bahkan turut menyemarakkan suasana Merdeka Fiesta dengan perkongsian manfaat produk kesihatan. Ia menjadi medan pengenalan produk yang lebih meluas serta ruang interaksi mesra antara pengedar dan pelanggan.

“Dalam merdeka kita raikan kebebasan, dalam kesihatan kita raikan kehidupan. Semoga setiap pertemuan di booth ini bukan sekadar pengalaman membeli, tetapi juga satu langkah menuju kesihatan, kebahagiaan dan semangat baru yang lebih bermakna.”

Posted in: Berita

Leave a comment