Latest posts

BOOTH PENGEDAR JRMNS, PUAN AZLIN MUSA SEMPENA FESTIVAL PENGANTIN MYDIN MALL SEREMBAN 2

Mydin Mall Seremban 2, Negeri Sembilan | 02/09/2025 - 07/09/2025 (Selasa - Ahad) 

Pada 2 September 2025 hingga 7 September 2025, bermula hari Selasa sehingga Ahad, salah seorang pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan, Puan Azlin Musa, telah membuka booth jualan di Mydin Mall Seremban 2 bersempena dengan Festival Pengantin. Booth ini beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam, khusus menampilkan rangkaian produk JRM Holistik yang sesuai untuk bakal pengantin serta mereka yang ingin menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran menjelang hari bahagia.

Sepanjang enam hari festival berlangsung, booth JRM Holistik menerima kunjungan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung. Selain berpeluang mencuba tester produk secara langsung, para pengunjung turut diberi penerangan terperinci oleh Puan Azlin Musa mengenai khasiat dan cara penggunaan setiap produk. Lebih menarik lagi, pelbagai hadiah eksklusif turut disediakan bagi pelanggan yang membuat pembelian sepanjang festival berlangsung, menjadikan pengalaman di booth ini lebih bermakna.

Pihak JRM Holistik Negeri Sembilan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung serta pelanggan yang telah singgah dan membuat pembelian di booth ini. Insya-Allah, dengan izin-Nya, kami akan terus melangkah ke hadapan dan berjumpa lagi di booth akan datang dengan lebih banyak penawaran menarik buat semua.

“Setiap pertemuan meninggalkan kenangan, setiap usaha menumbuhkan harapan. Semoga langkah kecil ini terus membawa sinar kejayaan pada masa hadapan.”

Posted in: Berita

Leave a comment