Latest posts

PROGRAM BRISKWALK SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE 68 TAHUN DI RUMAH HUTAN TERAPI ALAM

 

 

Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, Selangor | 31 Ogos 2025 ( Ahad ) 

Pada 31 Ogos 2025 (Ahad), bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Puan Hajah Nazatul Azlin bersama seorang wakil TeamOBSB, Cik Khairunnisa Aina, serta empat orang wakil TeamNogoriohsem, iaitu Puan Anieyat, Puan Marina, Puan Hayati dan Puan Suhaini, telah menyertai program Briskwalk Merdeka bertempat di Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, Selangor.

Kesemua peserta dari Negeri Sembilan telah berkumpul di kediaman Puan Hajah Nazatul Azlin seawal jam 3.15 pagi, sebelum bertolak menuju ke lokasi sekitar jam 3.45 pagi. Perjalanan yang penuh semangat patriotik itu tiba di Rumah Hutan pada jam 5.50 pagi.

Sejurus tiba, para peserta membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum menerima t-shirt rasmi briskwalk yang disediakan khas oleh pihak penganjur. Tepat jam 6.30 pagi, acara briskwalk dimulakan, disertai oleh pelbagai lapisan peserta yang hadir daripada HQ JRM Holistik, stokis, pengedar dan seluruh warga keluarga besar JRM Holistik.

Selepas briskwalk, majlis diteruskan dengan perarakan kemerdekaan yang penuh warna-warni, diikuti dengan ucapan inspirasi daripada Bonda Rozita Ibrahim. Suasana bertambah meriah dengan pelbagai pertandingan yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, antaranya ialah:

  • Pertandingan Pakaian Merdeka (kanak-kanak & dewasa)
  • Pertandingan Cube Puzzle
  • Pertandingan Peta Merdeka
  • Pertandingan Anyaman Saji
  • Pertandingan Mewarna Stamp Tower
  • Pertandingan Basikal Berhias
  • Pertandingan Reka Cipta
  • Pertandingan Bola Merdeka
  • Pertandingan Karaoke Merdeka Cilik

Setiap pertandingan disambut dengan penuh keterujaan dan semangat juang oleh semua peserta. Gelak tawa, sorakan semangat dan ukiran senyuman menjadi saksi betapa eratnya ukhuwah yang terjalin dalam keluarga besar JRM.

Program ini berakhir pada sebelah petang dengan penuh rasa syukur dan bangga. Sesudah majlis selesai, para peserta mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan, bersalaman dan akhirnya bersurai dengan hati yang gembira.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 kali ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, bahkan turut meniupkan roh cinta akan tanah air.

“Dalam langkah briskwalk subuh merdeka, dalam tawa dan sorak pertandingan yang membara, kita raikan kemerdekaan dengan jiwa yang merdeka. Semoga semangat ini kekal menyala, menjadi obor perjuangan bangsa selamanya.” 

Posted in: Berita

Leave a comment