CSR EDARAN BUBUR LAMBUK ANJURAN OBSB DI OUTLET JRM NEGERI SEMBILAN 14 MAC 2025

 

 

 

 

 

 

Outlet JRM Holistik Negeri Sembilan | Jumaat, 14 Mac 2025 (15 Ramadan 1446H)

Pada Jumaat, 14 Mac 2025, bersamaan 15 Ramadhan 1446H  , pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan program CSR edaran Bubur Lambuk di Outlet JRM Holistik Negeri Sembilan. Program ini melibatkan CEO OBSB, Puan Hajah Nazatul Azlin, Pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan serta staf OBSB, bertujuan mengerat ukhwah dan menghidupkan nilai Ramadan dengan memberi manfaat kepada pelanggan setia.

Sebelum majlis bermula, pihak terlibat mengadakan perbincangan persiapan awal meliputi bajet bahan dan lokasi masak secara ‘rewang’ bersama di rumah pengedar Puan Azlin Musa di Kampung Jijan, Nilai. Kira-kira jam 8.00 pagi, rombongan bertolak dari Senawang dan tiba sekitar jam 9.00 pagi. Sambutan mesra diteruskan dengan sesi bersalaman sebelum acara memasak bersama dimulakan.

Selepas suasana ceria penuh gelak tawa dan lagu-lagu santai sepanjang sesi memasak dan merewang, bubur lambuk siap dihidangkan sekitar jam 1.30 petang. Rombongan kemudiannya bergerak ke Outlet JRM Holistik Negeri Sembilan, tiba jam 2.30 petang, untuk membungkus dan mengedarkan bubur lambuk kepada pelanggan.

Seluruh staf OBSB turun padang, berjalan di sekitar outlet dan menyampaikan bubur lambuk kepada pelanggan yang hadir. Reaksi yang diterima amat positif. Senyuman manis dan ucapan terima kasih menjadi tanda bahagia pelanggan menerima juadah berbuka. Edaran selesai sepenuhnya sekitar jam 5.00 petang.

Program ini menepati matlamat sebenar untuk membina hubungan mesra dengan pelanggan dan memperluas pengiktirafan jenama OBSB di seluruh Negeri Sembilan.

“Dalam nikmat berbuka, terbit sirna rasa lapar; dalam bubur lambuk tulus termeterai kasih dan harapan Ramadan yang penuh rahmah.”

Posted in: Berita