
HARI BERTEMU PELANGGAN OBSB 22 FEBUARI 2025
Outlet JRM Holistik Negeri Sembilan | Sabtu, 22 Februari 2025
Pada Sabtu, 22 Februari 2025, pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Outlet JRM Holistik Negeri Sembilan. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang, dan melibatkan kehadiran semua staf OBSB, para pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan, serta para pelanggan setia yang sentiasa menyokong usaha kami.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran para tetamu, diikuti dengan pemberian cenderahati eksklusif sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang sudi hadir. Suasana menjadi lebih meriah apabila pihak OBSB turut bekerjasama dengan Klinik Adam & Hawa, yang menyediakan khemah khas untuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada para tetamu.
Antara tarikan utama program ini adalah kempen “Gajah ke Kancil”, yang terbuka kepada semua tetamu dengan hadiah menarik disediakan kepada peserta yang berjaya mengikut semua syarat yang ditetapkan. Sambutan luar biasa daripada para hadirin membuktikan semangat dan keterujaan yang tinggi terhadap program ini.
Bagi memastikan keselesaan dan kepuasan semua tetamu, hidangan makanan turut disediakan, lengkap untuk menjamu selera. Selain itu, aktiviti cabutan bertuah menambah kemeriahan apabila para tetamu berpusu-pusu membeli produk JRM Holistik untuk melayakkan diri menyertai cabutan tersebut.
Program turut menampilkan perkongsian testimoni daripada para pengedar berpengalaman, yang menunjukkan cara penggunaan produk dengan lebih tepat dan berkesan. Tidak ketinggalan, pihak OBSB turut menjemput tukang urut profesional untuk memberikan khidmat urutan menggunakan Minyak Terapi Rumah Hutan, khusus buat para pelanggan yang hadir.
Sebelum bersurai, semua tetamu, pengedar, dan staf OBSB bersalaman dan mengucapkan terima kasih antara satu sama lain.
Matlamat utama program ini adalah untuk bermesra dan menghargai para pelanggan JRM Holistik yang sentiasa menyokong usaha kami, serta untuk memperluaskan lagi jenama OBSB di seluruh Negeri Sembilan.
“Dalam eratnya genggaman tangan dan senyuman yang terukir, terjalinlah ukhwah antara penjual dan pelanggan. Kerana kepercayaan yang mereka berikan, menjadi azimat untuk OBSB terus melangkah dengan yakin.”