
PEMBUKAAN BOOTH JRM HOLISTIK SEMPENA FESTIVAL PENGANTIN MYDIN MALL SEREMBAN 2
Mydin Mall Seremban 2 | Khamis, 28 Januari 2025 – Ahad, 2 Februari 2025
Bermula pada Khamis, 28 Januari 2025 hingga Ahad, 2 Februari 2025, JRM Holistik Negeri Sembilan melalui pengedar sahnya, Puan Azlin Musa, telah menyertai Festival Pengantin yang berlangsung di Mydin Mall Seremban 2. Booth ini dibuka bagi memperkenalkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan JRM Holistik kepada pengunjung festival, khususnya pasangan pengantin baru yang mencari produk penjagaan diri berkualiti tinggi.
Pada hari pertama pembukaan booth, Team Media OBSB yang terdiri daripada Cik Nur Amirah, Cik Muhammad Iman, dan Puan Nazatul Azlina hadir untuk memberikan sokongan penuh dalam bentuk liputan video, penggambaran, serta bantuan pemasaran media. Mereka turut membantu dalam proses penyusunan barangan dan hiasan booth agar tampil menarik dan profesional bagi menarik perhatian para pengunjung.
Booth JRM Holistik yang dikendalikan oleh Puan Azlin Musa menawarkan hampir kesemua produk JRM Holistik, termasuk rangkaian produk popular seperti set produk kesihatan dan penjagaan aset wanita, serta pelbagai rangkaian eksklusif keluaran Bonda Rozita Ibrahim. Sebagai penghargaan kepada pelanggan, Puan Azlin Musa menyediakan pelbagai jenis “freegift” menarik untuk pembelian bernilai RM300 ke atas, menjadikan booth ini tumpuan utama pengunjung festival.
Setelah sesi pemasangan dan persiapan booth selesai sekitar jam 2.00 petang, staf OBSB kembali ke Outlet JRM Holistik Negeri Sembilan di Dataran Senawang untuk meneruskan operasi harian. Booth ini terus beroperasi sepanjang festival, menerima sambutan menggalakkan daripada pengunjung Mydin Mall Seremban 2.
“Setiap usaha yang dilakukan dengan keikhlasan akan melahirkan hasil yang indah. Seperti bunga yang mekar, kejayaan memerlukan sentuhan sabar dan usaha berterusan.”