Puan Nazatul Azlin binti Abdullah lebih dikenali sebagai Puan Olin, dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada 20 Ogos 1982. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 9 adik-beradik. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Puan Olin merupakan graduan dari Universiti Tenaga Nasional, Bangi di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal. Beliau juga merupakan Pelajar Dekan (Dean List Award) pada tahun pengajiannya.

Setelah terpilih menjadi stokis JRM, beliau nekad untuk membuka kedai yang dibeli dengan hasil daripada keuntungan JRM, Seterusnya fokus untuk memartabatkan JRM khususnya di Negeri Sembilan. Secara peribadi, beliau mempunyai sifat daya saing tinggi bagi mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan susulan persaingan sengit daripada usahawan luar.

Beliau pernah memenangi anugerah sebagai Team JRM Terbaik 2019 semasa rewards Oscars HQ 2019. Beliau juga sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Antaranya, beliau pernah memberi sumbangan ke mangsa banjir di Rantau pada tahun 2020, memberi tajaan PPE buat frontliners di Kem Senawang, TTJ Seremban, berkongsi rezeki Bergama Bonda Rozita Ibrahim dengan mengadakan Food Bank 2021 semasa awal pandemik lockdown dan merupakan salah seorang insan yang menaja besar program Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM). Untuk tahun 2023, beliau telah berjaya meraih gelaran TOP 1 Sales di kalangan stokis seluruh Malaysia serta telah berjaya merangkul Business Growth Award 2023 di Pakar HR Appreciation Night Award 2023.

Nasihat beliau untuk golongan wanitadi luar sana. Andaperlu mempunyai nilai ekonomi dan sumber kewangan sendiri bagi membolehkan mereka mampu berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini sekaligus dapat membangunkan keluarga dan diri mereka sendiri.