Beliau merupakan graduan dari Universiti Tenaga Nasional bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan beliau juga merupakan Pelajar Dekan (Dean List Award) dari tahun 2000 hingga tahun 2004. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dengan empat cahaya mata.
Beliau merupakan Pengarah Syarikat kepada Olin Beauty Sdn Bhd yang menjual produk-produk JRM yang berasaskan herba-herba terbaik dari seluruh pelusuk dunia.
Pn. Nazatul mendapat pendedahan bisnes seawal usia 4 tahun dengan mengikuti ibunya Pn. Seri Diwi menjaja kuih raya dan katering. Apabila ibu beliau membuka kedai runcit, di sini Pn.Nazatul lebih terdedah dengan cara melayan pelanggan dan selok-belok perniagaan.
Pada tahun 2004, Pn. Nazatul membuka syarikat dan fokus kepada perniagaan yang lebih profesional berkaitan dengan jabatan-jabatan kerajaan dan swasta.
Melihat kepada kepesatan perniagaan atas talian, Pn. Nazatul mengembangkan perniagaannya di platfom atas talian.
Beliau telah mendapat beberapa pengiktirafan jualan terbanyak untuk beberapa jenama. Setelah terpilih menjadi stokis JRM, beliau nekad untuk membuka kedai yang dibeli dengan hasil dari keuntungan JRM seterusnya fokus untuk memartabatkan JRM khususnya di Negeri Sembilan.