

Gel Mandian Serai Citrus mengandungi skrub untuk mencantikkan, melembapkan dan mencerahkan kulit. Ia mengandungi ekstrak herba seperti Ekstrak Serai, Limau Purut, Kacang Jojoba, Minyak Jarak, Vitamin E, Vitamin B3 (Niacinamide) dengan aromaterapi semulajadi yang menenangkan. Ia juga mempunyai kandungan antioksidan semulajadi dan antiseptik daripada serai dan limau purut. Bahkan, bahan yang ada dalam Gel Mandian Serai Citrus mengandungi agent pemutih dan pelembap Niacinamide yang membantu mencerahkan kulit dengan selamat.
Kelebihan apabila menggunakan Gel Mandian Serai Citrus:
- Menyingkirkan sel kulit mati
- Mengeluarkan daki dan kotoran jauh ke dalam kulit
- Sebagai aromaterapi yang menenangkan
- Kulit jadi lembut, halus dan licin
- Mengurangkan kesan hitam
Cara Penggunaan:
1. Tuangkan sedikit Gel Mandian Serai Sitrus pada tapak tangan bersama sedikit air.
2. Gosokkan sehingga berbuih.
3. Sapukan pada keseluruhan badan dan bilas dengan air bersih.
4. Gunakan 2 atau 3 kali sehari.