Syarikat Olin Beauty Sdn Bhd (OBSB) bernombor SSM (1280995-P) ditubuhkan pada 2018 oleh Puan Nazatul Azlin binti Abdullah selaku stokis yang dilantik oleh pihak HQ JRM Holistik Sdn Bhd yang berpusat di Negeri Sembilan. Syarikat ini dibangunkan khusus untuk fokus kepada segala yang berkaitan dengan produk-produk di bawah pengasa Bonda Rozita Ibrahim. Pelbagai kategori produk yang dihasilkan antaranya adalah :

1. Produk JRM Holistik (JRMH)

2. Produk Rumah Hutan (RH)

3. Produk Deratu

4. Produk Dapur Kayu by Bonda (DKBB)

Di bawah OBSB, kami mempunyai tim sehingga 100 orang pengedar yang berada di seluruh Malaysia sebagai konsultan kesihatan secara holistik. Kami aktif dalam mengadakan pelbagai program bersama dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan. Kami dididik bukan hanya fokus semata-mata jualan, malah giat memberi kesedaran dalam gaya hidup cergas dan sihat secara holistik.