The Best Products are Waiting for You
Acne Mini Series
APA ITU ACNE MINI SERIES?
Acne Mini Series adalah rangkaian siri produk yang menggunakan teknologi lebih advanced, lebih selamat untuk kulit sensitif, ekzema, sebum minyak aktif, berjerawat, masalah pigmentasi, kulit kusam, blackhead, and whitehead.
Bahan utama dalam mini series : PROBIOTIK & PREBIOTIK
Apakah itu Probiotik & Prebiotik?
1. Probiotik : Bakteria hidup (bakteria baik) yang boleh dijumpai dalam makanan.
2. Prebiotik : Makanan kepada bakteria baik. Sebatian karbohidrat (kebanyakkan serat) yang tidak dapat dihadam oleh manusia.
Selain usus, kulit manusia juga mempunyai mikroorganisma, virus, bakteria dan fungi yang baik. Ia juga membantu kesimbangan microbiota kulit dan ia juga lebih lembut pada kulit terutamanya kulit yang sensitif, acne-prone, dan ekzema.
Fungsi Probiotik & Prebiotik dalam Penjagaan Kulit
1. Probiotik
- Bakteria baik yang berada pada kulit membantu membunuh bakteria jahat.
- Meningkatkan fungsi skin barrier dan penghasilan ceramides, lipids untuk kelembapan kulit.
- Mengalakkan penyembuhan luka pada kulit.
- Memperbaiki kulit akibat sinaran UV & mengimbangi pH kulit.
- Mengalakkan kesihatan kulit mencegah jangkitan mikrob dan keradangan.
2. Prebiotik
- Membantu mengekalkan keseimbangan antara bakteria baik dan jahat.
- Meningkatkan aktiviti dan pertumbuhan bakteria baik pada kulit.
- Mencegah kerosakan kulit dengan meningkatkan fungsi skin-barrier.
- Mengurangkan iritasi pada kulit.
TERDAPAT 5 RANGKAIAN KHAS DALAM ACNE MINI SERIES
1.GENTLE MOUSSE CLEANSER
"Kulit bersih dengan kesan lebih lembut pada wajah!"
Gentle Mousse Cleanser membantu membersihkan wajah sambil membantu meminimumkan saiz pori dan meningkatkan kelembapan ‘skin barrier’ dengan pH semula jadi . Menyegarkan, melindungi kulit daripada surfaktan dan mengekalkan hidrasi kulit kering agar lembap sepanjang hari .
Bahan yang penting : Inulin (Prebiotik), Polylysine, Niacinamide (Vitamin B3), Teh Hijau (Cammelia Sinensis Leaf), Minyak Zaitun (Olive Oil), Salix Alba (Willow) Bark Extract
Cara Penggunaan:
a) Basahkan muka kemudian picit sedikit satu hingga dua pam
b) Urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat, elakkan kawasan mata.
c) Bilas dengan air secukupnya.
d) Gunakan 2-3 kali setiap hari.
2. ACNEBAC PROBIO FACEMIST
Acnebac Probio Face Mist, semburan molekul halus yang menjadikan kulit lebih segar dan sihat secara keseluruhan dengan meredakan kemerahan dan iritasi kulit. Ia juga boleh mengurangkan keradangan, sambil melegakan sebarang rasa tidak selesa sepanjang hari tanpa rasa melekit dan berminyak.
Bahan yang penting: Actococcus Ferment Extract, Kacang Macadamia, Pegaga, Minyak Jarak (Castor Oil), Bitter Orange, Tea Tree, Pudina, Licorice, Camellia Sinensis, Chamomilla Flower, Rosemary
Cara penggunaan:
a) Tutupkan mata dan semburkan Acnebac Probio Face Mist pada keseluruhan wajah. Biarkan seketika untuk penyerapan ke dalam lapisan kulit.
b) Gunakan selepas mencuci wajah dengan Gentle Mousse Cleanser, 2-3 kali sehari.
3. PROBIO ACNEBIOME CREAM
Krim dengan tekstur lembut dan ringan sesuai untuk kulit berjerawat. Formulasi khas untuk merawat, melawan pertumbuhan jerawat sedia ada dan melegakan simptom jerawat dengan berkesan. Formulasi krim ini juga membantu melembap dan mengurangkan kemerahan pada muka yang berjerawat. Ia juga membantu mengecilkan pori-pori dan melembutkan kulit. Di samping itu, ia membantu mengurangkan pengeluaran sebum dan mencegah pembentukan minyak pada permukaan kulit yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat supaya kulit kelihatan segar dan sihat.
Bahan yang penting : Bifida Ferment Lysate, Niacinamide, Sodium Hyaluronate, Saponin, Bunga Telang, Pudina, Rosemary, Teh Hijau, Limau Nipis, Daun Thyme
Cara penggunaan:
a) Sapukan lapisan nipis pada keseluruhan muka dan biarkan ia menyerap diikuti dengan urutan lembut.
b) Gunakan 2-3 kali sehari pada keseluruhan wajah, selepas menggunakan Gentle Mousse Cleanser dan Acnebac Probio Face Mist.
4. ACNE SPOT CORRECTOR WITH SPF 20
Acne Spot Corrector dengan tekstur ringan yang sifat antibakteria, gabungan formulasi minyak kelapa dan salicylic acid iaitu Beta-hydroxy acid (BHA) untuk membersihkan liang pori-pori yang tersumbat dan membuang sel kulit mati di dalam liang pori-pori. Ia dirumus untuk mengurangkan bengkak, mengurangkan sensitiviti kulit dan melindungi ‘skin barrier’ semulajadi kulit. Ia juga membantu kulit untuk membuang sel-sel kulit mati dari lapisan atas.
Bahan yang penting : Salicylic Acid (BHA), Minyak Kelapa, Safflower, Habbatus Sauda, Salix Alba
Cara penggunaan:
a) Sapukan pada kawasan yang berjerawat sehingga ia menutup kesan jerawat
b) Gunakan pada waktu SIANG sahaja.
5. CALA CLEAR SERUM
Serum yang berfungsi untuk mengecutkan dan menyembuhkan jerawat serta mengawal pengeluaran sebum kulit. Dirumus dengan calamine, salicylic acid (BHA) untuk melegakan kegatalan dan keradangan yang boleh berlaku kepada kulit bermasalah. Ia juga membantu mengimbangi tahap penghidratan kulit, mengecilkan pori-pori dan mengurangkan pigmentasi untuk kulit kelihatan lebih berseri dan sihat.
Bahan yang penting : Salicylic Acid (BHA), Calamine, Hu Zhang, Chinese Skullcap, Akar Manis, Pegaga, Chamomilla Flower, Pudina, Rosemary, Teh Hijau
Cara penggunaan:
a) Goncang sebelum guna.
b) Sapukan Cala Clear Serum pada kawasan yang berjerawat sahaja.
c) Gunakan pada waktu MALAM sahaja.
Leave a comment
Log in to post comments